Saturday, May 11, 2013

cactus pun sabar


صبار
yakni kaktus dalam bahasa arab
,jika kita lihat character si kaktus yang tabah panas di tengah gurun,sesuai dengan namanya yang sabar
dia tahu hidupnya dia di tengah panas gurun pasir itu akan berhadapan dengan pelbagai kepenatan,tiada air untuk menyegarkan.
jadi,dia diciptakan dengan daun yang kecil berupa "duri" utk mengurangkan proses penyejatan berlaku dan kekal "basah" di dalam.

daun kaktus=hati.
kaktus=manusia.
panas padang pasir=cabaran.

begitulah juga manusia.
biarpun kita berseorangan dan ditimpa pelbagai cabaran dalam hidup,
usah bersedih mahupun berputus asa,jom jadi macam kaktus!
sediakan hati yang sentiasa basah dengan iman dan taqwa kepada RABB yang SATU.
jangan sesekali biarkan ia kering dek kepanasannya padang pasir itu,selagi boleh dibasahkan dengan iman dan taqwa,kita basahkan ia..supaya ia akan terus subur dan tegak berdiri walau apa pun yang menimpa..

"dan orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhannya,melaksanakan solat dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka,secara sembunyi mahupun terang2an serta menolak kejahatan dengan kebaikan,orang itulaj yang mendapat tempat kesudahan yang baik"-13,22


salam imtihan semua:) 
moga terus itqan dan sabar,macam kaktus!

No comments:

Post a Comment