Friday, April 26, 2013

2 kalimah itu...Allahu..

shahadatain.
2kalimah syahadah.aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan aku juga bersaksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

syahadah yg kita pegang sekarang adalah dua kalimah yang diperjuangkan bermati matian oleh para solih solihin terdahulu.
dengan dua kalimah ini,mereka terpaksa bersembunyi,berhalaqah secara tersembunyi,
mereka disiksa hanya apabila mereka katakan ALLAHU AHAD,tiada Tuhan selain Dia...
syahadah yang kita pegang sekarang telah dibayar dengan darah2 pejuang2 terdahulu,memperjuangkan kalimah Allahu ahad sahaja sudah dipanggang atas bara api apatah lagi diperangi,

apa istimewanya syahadah?
kenapa dalam rukun Islam,syahadah adalah rukun pertama,tapi nnt dalam kubur,malaikat akan soal kita tentang solat lima waktu dulu?
sebab?
tanpa syahadah,adakah amalan2 kebaikan kita yang lain akan diterima?
ALHAMDULILLAH atas syahadah ini..Allahu..:')

"katakanlah Muhammad,perlukah Aku beritahukan kepadamu tentang orang yg paling rugi perbuatannya? iaitu orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia,sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya"-ALKAHFI,103-104

akarnya adalah syahadah,dengan buah iman yang manis dan daun2 amal yang ranum,moga setiap perbuatan kita sentiasa dalam Redha,dan dalam kasih sayang Dia...

"wahai jiwa yang tenang!kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya,maka masuklah kedalam golongan hamba2Ku,dan masuklah kedalam syurgaKu"-ALFAJR,27-30

hidup mulia atau mati sebagai syuhada,Let's!

No comments:

Post a Comment