Friday, April 26, 2013

2 kalimah itu...Allahu..

shahadatain.
2kalimah syahadah.aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan aku juga bersaksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

syahadah yg kita pegang sekarang adalah dua kalimah yang diperjuangkan bermati matian oleh para solih solihin terdahulu.
dengan dua kalimah ini,mereka terpaksa bersembunyi,berhalaqah secara tersembunyi,
mereka disiksa hanya apabila mereka katakan ALLAHU AHAD,tiada Tuhan selain Dia...
syahadah yang kita pegang sekarang telah dibayar dengan darah2 pejuang2 terdahulu,memperjuangkan kalimah Allahu ahad sahaja sudah dipanggang atas bara api apatah lagi diperangi,

apa istimewanya syahadah?
kenapa dalam rukun Islam,syahadah adalah rukun pertama,tapi nnt dalam kubur,malaikat akan soal kita tentang solat lima waktu dulu?
sebab?
tanpa syahadah,adakah amalan2 kebaikan kita yang lain akan diterima?
ALHAMDULILLAH atas syahadah ini..Allahu..:')

"katakanlah Muhammad,perlukah Aku beritahukan kepadamu tentang orang yg paling rugi perbuatannya? iaitu orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia,sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya"-ALKAHFI,103-104

akarnya adalah syahadah,dengan buah iman yang manis dan daun2 amal yang ranum,moga setiap perbuatan kita sentiasa dalam Redha,dan dalam kasih sayang Dia...

"wahai jiwa yang tenang!kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya,maka masuklah kedalam golongan hamba2Ku,dan masuklah kedalam syurgaKu"-ALFAJR,27-30

hidup mulia atau mati sebagai syuhada,Let's!

Wednesday, April 10, 2013

jom pakai spek baru!winkwnik!:D

 
 
"PARADIGM are powerful bcz they create the lens tru which we see the world."-Stephen R.covey

paradigma diibaratkan seperti akar kepada suatu pokok pada diri yang sangat besar,dirimbuni daun2 yang sangat rendang yaitu behavior/attitude.

paradigma=sangkaan/perspektif/cara kita melihat sesuatu.

bila suatu paradigma shift dilakukan,memandang sesuatu dengan suatu kelainan atau lebih tepat memandang sesuatu dengan kaca mata tarbiyah,setiap yang dilakukan orang lain terhadap diri kita atau apa2 situasi yang berlaku di sekeliling kita adalah suatu pengajaran dan mempunyai mesej yang baik yang ingin disampaikan oleh yang MENCIPTA situasi tersebut.

pandanglah sesuatu dengan kaca mata tarbiyah.dengan "shifting the paradigm" mampu mengubah sangkaan dan behavior/attitude kita terhadap sesuatu situasi.apabila kita "mengubah" akar dengan memilih utk sangkaan2 kebaikan,secara logik dan automatiknya,daun2 yang rendang itu akan turut berubah mengikut perubahan si akar.

"wahai org2 yang beriman,jauhilah banyak dari prasangka,sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa,dan janganlah kamu mencari2 kesalahan orang lain,dan janganlah ada diantara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain."-49,12

jom sama2 tukaaa new specs,kaca mata tarbiyah!
private victory precede public victory.
:)

Friday, April 5, 2013

bumi wa bulan wa...ana..??

 
 
"apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang2 yang berJIHAD diantara kamu dan belum nyata orang2 yang SABAR"-3,142

JIHAD dan SABAR.

JIHAD?
it sounds like suatu bnda yang berperang2,pegang panji,hancurkan kaum musyrikin al kafirin,so and so..

hati ini tertanya2,apakah aku ini pernah berjihad?hurmh.

jihad:
-berperang untuk menegakkan agama Islam dan melindungi orang Islam
-memerangi hawa nafsu
-menderma harta benda utk kebaikan Islam dan umat Islam
-membantas kejahatan dan menegakkan kebenaran

jihad terbesar dalam diri adalah memerangi hawa nafsu (nafsi/diri sndri)-->menderma harta benda untuk kebaikan umat Islam serta membantras kejahatan,menyeru kebaikan (masyarakat umum)

sewaktu angkasawan otw ke bulan (bumi-->bulan),terapung di angkasa lepas,tarikan graviti bumi sangat sangat sangat tinggi yang menarik diri si angkasawan utk kembali ke bumi,si angkasawan memerlukan daya tolakan yang tinggi utk melawan graviti bumi supaya cita2 si angkasawan utk ke bulan tercapai.

mujahadah yang tinggi diperlukan oleh si angkasawan utk menolak tarikan graviti yang amat kuat itu!dan itulah jihad bg si angkasawan.

bulan: kebaikan/perkara yang membentuk hati utk menjadi golongan ribbiyun (bertaqwa)
bumi:kejahatan lalu/perkara membawa ke arah keburukan diri
angkasan: kita semua:)

"dan tidak lain ucapan mereka hanyalah doa,Ya Tuhan kami,ampunilah dosa2 kami dan tindakan2 kami yang berlebih2an dalam urusan kami,dan tetapkanlah pendirian kami,dan tolonglah kami terhadap org2 yang kafir"-3,147

amin.moga diberi kekuatan utk menolak graviti bumi.....

Monday, April 1, 2013

suci,menyuci dan pencucian!



Nabi Ibrahim berdoa kepada Tuhannya,

"Ya Tuhan kami,utuskanlah di tengah mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri,yang akan membacakan kepada mereka ayat2-Mu,dan mengajarkan kitab dan hikmah kepada mereka,dan menyucikan mereka.Sesungguhnya,Engkaulah yang Maha Perkasa,Maha bijaksana"-2,169

1)utus Rasul
2)bacakan ayat2 Allah
3)mengajarkan kitab dan hikmah
4)menyucikan mereka

dan Allah membalas doa nabiNya itu dalam surah Aljumu'ah,2

"Dialah yang mengutus seorang Rasul kpd kaum yang buta huruf dari kalangan mereka sendiri,yang membacakan kpd mereka ayat2Nya,menyucikan (jiwa) mereka dan mengajarkan kpd mereka kitab dan hikmah(sunnah), meskipun sebelumnya mereka benar2 dalam kesesatan yang nyata."

1)utuskn Rasul
2)bacakan ayat2 Allah
3)menyucikan mereka
4)mengajarkan kitab dan hikmah

Nabi Ibrahim berdoa agar mengajarkan mereka kitab dan hikmah-->sucikan mereka

Allah perkenankan doa nabi Ibrahim dengan:
sucikan mereka-->mengajarkan kitab dan hikmah.
Allah perkenankan doa hambaNya yang beriman dengan suatu balasan yang lebih baik.:')

Allahu Rabbi,sucikanlah kami dari dosa2 kami yang menghijab kefahaman kami dalam memahami ilmuMu,
kekalkanlah dan pertingkatkanlah kefahaman kami dalam agamaMu dan IlmuMu..
amin..