Sunday, December 9, 2012

jiwa ITU elemen BERHARGA.

bismillah.
alhamdulillah,sedang korek2 bahan2 bacaan yang boleh menaikkan semangat supaya terus menaik..sangat berharap ada yang terkesan,tiba2 bukak grup DOME,ternampak ad sorang member post satu kata2 yang agak panjang,tapi SANGAT mendalam maksud dia!




Hidup menyediakan terlalu banyak pilihan untuk kita bahagia,
Hidup boleh mengertikan seribu satu makna dalam setiap titik ceritanya,
Hidup boleh menjadi sejuta alasan untuk manusia bebas dari fitrah asal mereka,
Demikian itu kerana manusia berbeza walau dalam sekecil- kecil sifatnya.



Manusia tidak hidup secara fizikalnya sahaja,
Tetapi mereka memiliki kehidupan pada elemen jiwa.
Manusia pada fitrah fizikalnya memang berbentuk serupa,
Tetapi pada elemen jiwa, ruang perbezaan tidak akan ada hujungnya,
Sungguh perbezaan manusia berasal dari jiwa yang membentuk mereka.

Memandang kepada yang miskin,
Nilai fizikalnya seperti tidak memberi harga,
Tetapi pada jiwanya,
Mereka tidak tahu apa itu tamak haloba,


Memandang kepada yang ditindas,
Harta yang ada mungkin sehelai baju lusuh sahaja,
Tetapi pada jiwanya,
Keberanian mereka mengatasi senjata pada sejuta tentera.


Melihat pada yang gagal dalam bekerja,
Manusia memang boleh memandang rendah padanya,
Tetapi pada jiwa mereka,
Kesakitan itulah semangat untuk mereka terus berusaha


Melihat pada yang teruk sakitnya,
Kelemahan fizikal mungkin menghalang mereka dalam banyak perkara,
Tetapi pada jiwanya,
Nilai kesabaran mendidik mereka untuk syukur dengan anugerah dariNya.

Ubahlah perspektif kita dalam melihat kehidupan,
Kurangkanlah keluhan apabila menghadapi permasalahan,
Kerana kita selalu tertipu dengan padangan fizikal dunia,
Yang menutup nilaian jiwa yang jauh lebih berharga.

Belajarlah dengan jiwa, sungguh jiwa itu tidak pernah penat dan bosan menerima,
Hargailah kelemahan fizikal kerana di situ ada kelebihan disisiNya.


"Hiduplah dengan jiwa, nescaya semua musibah menjadi bahagia"

credit: copyrightreservedariffsolihin/groupdome11

ya..hiduplah dengan JIWA,musibah x nampak musibah melainkan ujian utk improve diri menjadi hamba yang lebih baik..:)





No comments:

Post a Comment