Thursday, August 16, 2012

tarik.tarik.tarik!


semalam pergi,hari ini realiti,esok menanti,.
putaran roda yang sama dalam kehidupan.

ingat lagi tak apa yang kita idam2kan tyme kita kecik2 dulu..?


si cikgu bertanya:

"awak nak jadi apa?"

murid2 dengan penuh semangat angkat tangan naik kerusi nak jawab:

"saya mahu jadi polis cikgu!nant ad pistol sendirik!"
"saya pulak nak jadi engineer cikgu!saya nak bina bangunan tinggggii macam KLCC tu cikgu!"
"cikgu!saya nak jadi doktor..saya suka tengok darah orang!"
"saya...nak jadi macam cikgu~:D"

:o
apa saja yang kita mahu menjadi seseorang pada masa itu.

sedar tak sedar,kita sudah membesar bawa haluan masing2,adakah kita berada dalam roda yang di "plan" waktu zaman muda mudi alam sekolah hingusan itu?

ada yang ada.ada yang tiada.

angan dikejar sampai ke langit yang membiru,kadang itu bagai tidak terasa bumi yang dipijak dek sibuk main kejar2 dengan cita2..
kadang langit itu biru dilitupi awan yang redup,ad skali sang mentari.
kadang tu..langit yang dikejar hitam memuram!kilat2,petir,menunjuk belang!

                                                      *                     *                     *

kalau kita masuk laci doremon,patah balik masa...sambil2 jeling2 tengok teropong masa depan..
banyak sangat kan bezanya kita dengan mereka yang hidup pada zaman dahulu kala..:?

impian kita yang mahu jadi macam pak cik  atau auntie polisi yang cool ada kereta patrol siren merah biru atas atap kereta ditambah pulak dengan cerita gerak khas  tembak2 penjenayah...dari satu sudut kita lihat, anda! boleh jadi macaam polis yang segak bergaya yakin walau kemana pon dia berada tapiiii...
kita UPGRADE sikit keexitedan kita nak selamatkan dunia dari penjenayah dengan kita contohi keperkasaan SULTAN ALFATEH yang semangat diaaaaa....masyaAllah,thumbs upupup! minda dan fikrah remaja itulah permata kalau kita guna dengan sebaiknya!

"READERS ARE PLENTY,THINKERS ARE RARE"

*macamana nak tarik kapal ni..??*


percayalah!cerita2 yang pernah kita dengar dari pelbagai versi dunia islami pejuang2 yang menulis sejarah dengan darah dalam penjara ketika menjadi tawanan mahupun menulis dalam tangisan sambil memohon kepada pencipta itu amat mengharapkan sang pemuda2 dan gadis2 pemudi yang usia mudanya seperti coolnya remaja FATEH itu!

siapa sangka remaja FATEH yang tidaklah mendapat PHD anugerah naib chancelor  dalam ilmu pertahanan kapal laut  sehingga dia mampu memikirkan strategi yang dikira logik,MUSTAHIL! apatah lagi mahu dikatakan dia si pengkaji ilmu ketenteraan,tapi...dia  mampu mencipta sejarah agung tanah palestin yang tidak akan luput ditelan dek berkurun zaman? apatah lagi si kita2 yang belajar ilmu perkhususan ini,surely mampu kita menjadi sehebat fateh,kan?:)  *berangan menuju masa depan*



    “Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali”.

                                                             (Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darim)


*                   *                  *

ya!golongan pemikir2 itu kurang jika nak dibandingkan dengan sebundle mereka2  yang hobi dlm buku biodatanya tertulis suka membaca.





fuh!huh!
1,2,3...tarikkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
lai3!kita tarik kapal sama2!
masammasin peluh kita tumpahkan sama2 untuk agama ini!
:')

No comments:

Post a Comment