Sunday, August 19, 2012

generasi.generasi.generasi.ke generasi INFINITY..

mood: RAYA!:D
assalamualaikum wbt.
happy eid to all readers..and wishing all of you..KUL 3AM WA ENTUM BIKHEIR INSYAALLAH..^^
tngah duduk2 menganyam ketupat kat kampung,ttba teringat balik my abang pye birthday wish for my 19th birthday..

"salam diba!!happy birthday!!moga panjang umur,murah rezeki..blaja rajin2..jangan malas2..jadilah budak yang baik..jadi anak yang solehah..taat pada suami,haha!dah 19 naa..haha,u got  only 1 year left b4 u ended ur teenage life~*there'll be no more number 1 kat depan umur tu unless u reach age of  100!!*

u got only 1 year left b4 u ended ur teenage life~*there'll be no more number 1 kat depan umur tu unless u reach age of  100!!*


hu..agak tersentap sedikit after baca msg itu..
ya.
tidak pernah terlintas di fikiran ni tentang itu..yang umur sy xkn ada angka satu kat depan tu..unless umur sy 100 tahun..dan pada waktu itu..tahun 2093
dan mengikut pentafsiran manusia yang normal dan kebiasaan umur orang tua meninggalkan dunia yang fana ini adalah dalam lingkungan 60-80 tahun.
dan berkemungkinan besar disitu sy telahpun berada dialam barzakh pada waktu itu..
ALLAHUAKBAR.

dan pada waktu itu..telah sy alami suka duka perit jerih masam masin kehidupan ini.
terlintas juga difikiran ini,tentang ingatan dunia kepada kita.
cuba kita teropong sejarah keluarga masa lalu kita..adakah kita masih ingat kepada moyang kita..?even nama dyrg pong,blom tntu kita ingat..kan..?apatah lagi tentang kehidupan yang dia alami dulu2..melainkan tok moyang ataupun tok sedara anda itu pernah masuk buku sejarah,sebagai contoh: burhanudin al helmi *wink*

namanya manusia yang "normal ini" lazimnya hanya akan diingati pada dua generasi SAHAJA.melainkan dia pernah melakukan sesuatu yang bombastik dan wow samaada dikatogori baik wow atau jahat wow pada masa muda mudinya dulu.

kita-->makayah-->atuknenek-->moyang

majoriti daripada kita hanya ingat sehingga nenek sahaja secara "keseluruhan" sejarah hidupnya..dan kadang tu..xdelah keseluruhan sangat kan~

memikirkan hakikat kehidupan itu,diri ini tersedar..kita sibuk mengejar sesuatu impian yang  cuba kita jadikan mimpi yang dicitakan menjadi suatu yang nyata,bukan khayalan semata..banyak benda kita dah buat utk jadikan semua mimpi impian kita jadi nyata..and indeed,kita struggle utk kejar mimpi kita tu..




*      *    *

"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat)."-ALANKABUT,64


"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak"

ya.
kehidupan akhiratlah yang kekal abadi..
saya tidak mahu tersalah membuat pilihan,dan juga tidak mahu kita SEMUA tersalah membuat pilihan memilih yang tidak kekal itu..
saya mahu jadi jiran santai2 anda semua di syurga nanti,sembang2 sambil makan buah2an syurga yang konpem sedap blake,sambil kita menyampai2kan salam dari SANG PENCIPTA..:')
insyaAllah..

memang jalan ini penuh liku durinya
"LIFE IS NOT A BED OF ROSES"
jika mahu hidup kita sentiasa diarak sambil jalan lenggang atas red carpet,sambil ada bunga tabur2 raikan kedatangan kita setiap masa..to be honest,mmg suatu kemustahilan!
jalan taqwa ini,ibaratnya berjalan atas onak duri yang tajam2 menghunus kaki anda sekiranya tersalah langkah,and of coz!kena berhati2..

biarpun nama tidak dijulang didunia,hatta diingati se generas pon,tapi....
moga,nama kita sudah  tercatat dan menjadi gosip kepada ahli2 syurga yang sedang menanti keberadaan kita disana bersama2 dengan mereka join  grup santai syurga~
insyaAllah..:)

p.s: selamat hari raya aidilfitri,maaf zahir batin skiranya diri ini pernah terkasar bahasa and buat mana2 yang x patut kepada diri anda secara sengaja atau tidak..
*peacenowar!:D*
selamat makan ketupatrendanglemangsemua!moga DIA redha..^^













No comments:

Post a Comment