Sunday, August 19, 2012

generasi.generasi.generasi.ke generasi INFINITY..

mood: RAYA!:D
assalamualaikum wbt.
happy eid to all readers..and wishing all of you..KUL 3AM WA ENTUM BIKHEIR INSYAALLAH..^^
tngah duduk2 menganyam ketupat kat kampung,ttba teringat balik my abang pye birthday wish for my 19th birthday..

"salam diba!!happy birthday!!moga panjang umur,murah rezeki..blaja rajin2..jangan malas2..jadilah budak yang baik..jadi anak yang solehah..taat pada suami,haha!dah 19 naa..haha,u got  only 1 year left b4 u ended ur teenage life~*there'll be no more number 1 kat depan umur tu unless u reach age of  100!!*

u got only 1 year left b4 u ended ur teenage life~*there'll be no more number 1 kat depan umur tu unless u reach age of  100!!*


hu..agak tersentap sedikit after baca msg itu..
ya.
tidak pernah terlintas di fikiran ni tentang itu..yang umur sy xkn ada angka satu kat depan tu..unless umur sy 100 tahun..dan pada waktu itu..tahun 2093
dan mengikut pentafsiran manusia yang normal dan kebiasaan umur orang tua meninggalkan dunia yang fana ini adalah dalam lingkungan 60-80 tahun.
dan berkemungkinan besar disitu sy telahpun berada dialam barzakh pada waktu itu..
ALLAHUAKBAR.

dan pada waktu itu..telah sy alami suka duka perit jerih masam masin kehidupan ini.
terlintas juga difikiran ini,tentang ingatan dunia kepada kita.
cuba kita teropong sejarah keluarga masa lalu kita..adakah kita masih ingat kepada moyang kita..?even nama dyrg pong,blom tntu kita ingat..kan..?apatah lagi tentang kehidupan yang dia alami dulu2..melainkan tok moyang ataupun tok sedara anda itu pernah masuk buku sejarah,sebagai contoh: burhanudin al helmi *wink*

namanya manusia yang "normal ini" lazimnya hanya akan diingati pada dua generasi SAHAJA.melainkan dia pernah melakukan sesuatu yang bombastik dan wow samaada dikatogori baik wow atau jahat wow pada masa muda mudinya dulu.

kita-->makayah-->atuknenek-->moyang

majoriti daripada kita hanya ingat sehingga nenek sahaja secara "keseluruhan" sejarah hidupnya..dan kadang tu..xdelah keseluruhan sangat kan~

memikirkan hakikat kehidupan itu,diri ini tersedar..kita sibuk mengejar sesuatu impian yang  cuba kita jadikan mimpi yang dicitakan menjadi suatu yang nyata,bukan khayalan semata..banyak benda kita dah buat utk jadikan semua mimpi impian kita jadi nyata..and indeed,kita struggle utk kejar mimpi kita tu..




*      *    *

"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat)."-ALANKABUT,64


"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak"

ya.
kehidupan akhiratlah yang kekal abadi..
saya tidak mahu tersalah membuat pilihan,dan juga tidak mahu kita SEMUA tersalah membuat pilihan memilih yang tidak kekal itu..
saya mahu jadi jiran santai2 anda semua di syurga nanti,sembang2 sambil makan buah2an syurga yang konpem sedap blake,sambil kita menyampai2kan salam dari SANG PENCIPTA..:')
insyaAllah..

memang jalan ini penuh liku durinya
"LIFE IS NOT A BED OF ROSES"
jika mahu hidup kita sentiasa diarak sambil jalan lenggang atas red carpet,sambil ada bunga tabur2 raikan kedatangan kita setiap masa..to be honest,mmg suatu kemustahilan!
jalan taqwa ini,ibaratnya berjalan atas onak duri yang tajam2 menghunus kaki anda sekiranya tersalah langkah,and of coz!kena berhati2..

biarpun nama tidak dijulang didunia,hatta diingati se generas pon,tapi....
moga,nama kita sudah  tercatat dan menjadi gosip kepada ahli2 syurga yang sedang menanti keberadaan kita disana bersama2 dengan mereka join  grup santai syurga~
insyaAllah..:)

p.s: selamat hari raya aidilfitri,maaf zahir batin skiranya diri ini pernah terkasar bahasa and buat mana2 yang x patut kepada diri anda secara sengaja atau tidak..
*peacenowar!:D*
selamat makan ketupatrendanglemangsemua!moga DIA redha..^^













Thursday, August 16, 2012

tarik.tarik.tarik!


semalam pergi,hari ini realiti,esok menanti,.
putaran roda yang sama dalam kehidupan.

ingat lagi tak apa yang kita idam2kan tyme kita kecik2 dulu..?


si cikgu bertanya:

"awak nak jadi apa?"

murid2 dengan penuh semangat angkat tangan naik kerusi nak jawab:

"saya mahu jadi polis cikgu!nant ad pistol sendirik!"
"saya pulak nak jadi engineer cikgu!saya nak bina bangunan tinggggii macam KLCC tu cikgu!"
"cikgu!saya nak jadi doktor..saya suka tengok darah orang!"
"saya...nak jadi macam cikgu~:D"

:o
apa saja yang kita mahu menjadi seseorang pada masa itu.

sedar tak sedar,kita sudah membesar bawa haluan masing2,adakah kita berada dalam roda yang di "plan" waktu zaman muda mudi alam sekolah hingusan itu?

ada yang ada.ada yang tiada.

angan dikejar sampai ke langit yang membiru,kadang itu bagai tidak terasa bumi yang dipijak dek sibuk main kejar2 dengan cita2..
kadang langit itu biru dilitupi awan yang redup,ad skali sang mentari.
kadang tu..langit yang dikejar hitam memuram!kilat2,petir,menunjuk belang!

                                                      *                     *                     *

kalau kita masuk laci doremon,patah balik masa...sambil2 jeling2 tengok teropong masa depan..
banyak sangat kan bezanya kita dengan mereka yang hidup pada zaman dahulu kala..:?

impian kita yang mahu jadi macam pak cik  atau auntie polisi yang cool ada kereta patrol siren merah biru atas atap kereta ditambah pulak dengan cerita gerak khas  tembak2 penjenayah...dari satu sudut kita lihat, anda! boleh jadi macaam polis yang segak bergaya yakin walau kemana pon dia berada tapiiii...
kita UPGRADE sikit keexitedan kita nak selamatkan dunia dari penjenayah dengan kita contohi keperkasaan SULTAN ALFATEH yang semangat diaaaaa....masyaAllah,thumbs upupup! minda dan fikrah remaja itulah permata kalau kita guna dengan sebaiknya!

"READERS ARE PLENTY,THINKERS ARE RARE"

*macamana nak tarik kapal ni..??*


percayalah!cerita2 yang pernah kita dengar dari pelbagai versi dunia islami pejuang2 yang menulis sejarah dengan darah dalam penjara ketika menjadi tawanan mahupun menulis dalam tangisan sambil memohon kepada pencipta itu amat mengharapkan sang pemuda2 dan gadis2 pemudi yang usia mudanya seperti coolnya remaja FATEH itu!

siapa sangka remaja FATEH yang tidaklah mendapat PHD anugerah naib chancelor  dalam ilmu pertahanan kapal laut  sehingga dia mampu memikirkan strategi yang dikira logik,MUSTAHIL! apatah lagi mahu dikatakan dia si pengkaji ilmu ketenteraan,tapi...dia  mampu mencipta sejarah agung tanah palestin yang tidak akan luput ditelan dek berkurun zaman? apatah lagi si kita2 yang belajar ilmu perkhususan ini,surely mampu kita menjadi sehebat fateh,kan?:)  *berangan menuju masa depan*



    “Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali”.

                                                             (Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darim)


*                   *                  *

ya!golongan pemikir2 itu kurang jika nak dibandingkan dengan sebundle mereka2  yang hobi dlm buku biodatanya tertulis suka membaca.





fuh!huh!
1,2,3...tarikkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
lai3!kita tarik kapal sama2!
masammasin peluh kita tumpahkan sama2 untuk agama ini!
:')

Sunday, August 5, 2012

saya mahu itu,saya mahu ini,saya mahu syemua!!


ASSALAMUALAIKUM semua..!
bangun pagi tadi,tengok luar matahari terang,indah berseri macam biasa,tapi semakin dekat harinya,semakin berseri saya lihat mentari di IRBID ni,

ESOK.
hari yang ditunggu2 setelah hampir setahun sy berada di bumi barakah SYAM ini..MALAYSIA.HERE I COME!:)

kalau tengok fb pon,kat homepage,masuk summer semester je,at least a day,mesti ad sahabat2 kita yang post tentang rumah,homesick,nak balik,ingat yong taufu malaysia,nak makan abc frado seksyen 2 shah alam kenangan ketika zaman kanak2 ribena di INTEC dulu,dan tidak lupa juga kepada mereka yang tak saba2 nak balik rumah utk tolong mak buat kuih raya utk AIDILFITRI yang bakal menjelang beberapa minggu saja lagi..

_____________________________________________________________________

hari ini,5 hb august 2012.
rata2 sahabat2 kita sudahpun menjejakkan kaki di bumi MALAYSIA terCINTA
sungguh,biarpun sy masih belum lagi tiba di tempat kelahiran sy itu,sy tahu,BANYYAAAKKK cabaran yang bakal sy tempuh tatkala sy tiba di sana nanti.SUNGGUH.ini tidak bohong.lagi2,beberapa minggu dari sekarang saja lagi, adik kecil di bawah ini bersama keluarga tercintanya akan mula terlepas dari gari!




"Ia iblis berkata,"Tuhanku,oleh kerana Engkau telah memutuskan aku utk SESAT,aku PASTI akan mejadikan (kejahatan) TERASA INDAH  bagi mereka di bumi,dan aku akan menyesatkan mereka KESEMUANYA".-ALHIJR,39

sedang membelek2 ayat2 cinta SI DIA, tiba2 jiwa tersentap membaca tafsir ayat 39,surah ALHIJR ini..

ALLAH.KESEMUANYA MAHU DISESATKAN..??
CONFIRM.IM INCLUDED.EVERYONE'S INCLUDED.

walaupun tidak berbicara dari hati ke hati dengan semua orang,saya yakin dan percaya..SEMUA orang pon mesti pernah alami situasi berikut.

#1.di bazar ramadhan:

tipah: eh..3 bungkus bubur lambuk joyah..?banyaknya membeli,..?bukan duduk berdua je ke dengan si minah tu??
joyah: saya dah lamaaaaa mengidam nak makan bubur lambuk ni tipah..sy datang awal ke bazar ni pon sebab nak beli bubur cik diba tu,kalau lambat nnt selepas asar mesti dah licin dah..mengidam pulak saya nanti..

PEMBAZIRAN.



#2.di shopping complex 

leha: mak3,tengok ni lawanyeeewww baju songket ni,leha dah lamaaaa dah tengok baju ni tau mak,haritu kan..sampai mimpi2 leha dbuatnyaaa..mak3,nak satu boleh..??nak pakai waktu rayaaaa*mata kelip2 bersinar bak bulan purnama*

maknya: eh,bukan ke dah ad lima pasang ke songket kat rumah tu tahun2 lepas punya?haih budak ni,berapa tu harga?

leha:errmm,250 ringgit je maak tau lepas diskaun!harga asal 300!untung 50 ringgit!:D

haih,no comment.

______________________________________________________________________
bila kita kaitkan diri kita dengan jual beli dan pembaziran,jaraknya adalah antara dua jari.
sahaja.

bukan tidak boleh,tapi tidak berlebih..
alasan yang sering digunakan.

alahh,biasalahh,ompompuan,,,,shoopping je kje,normallah tu!

itu tidak normal boleh sy katakan sekiranya shopping beli baju smpai x muat almari nak bubuh!

dan juga,makanan yang ALLAH kurniakan utk kita topup tenaga itu,dibuang ke tongsampah kerana takde sape nak habiskan..rugi kan?

muhasabah.

cabaran.cabaran.cabaran.

di irbid,tengok tv,macam tengok wayang bisu,xpaham ap yang tv tu cakap,sampai malaysia,baanyak sgt cerita2 yang kita confirm faham dan tinggal kita je sendiri nak pilih,which one is the best for us.

ps2,ps3,ps4,ps5*ad ke?*..haa,banyak kan cabaran dia?

tapi sahabat2 yang sy sayangi sekalian,
disebalik cabaran2 itu..ingatlah,apakah KESEMUA yang mahu disesatkan itu SEMESTINYA akan sesat..?

nahe2,no2,LA'AH!

"KECUALI HAMBA2 MU yang TERPILIH di antara mereka.."-AL HIJR,40

dalam setiap golongan itu,PASTI akan ada GOLONGAN yang terkecuali.
jom kita sama2 jadi golongan terkecuali itu!golongan terpilih itu!

macamana nak jadi golongan yang terpilih jika kita pon x pandah nak memilih?
jadi..
berbelanja tidak salah.main ps2345 x salah,tengok tv pon x salah!
tapi yang salah nya siapa?kita yang salah jika kita OVERDOSE bnda2 tu..sampai kita lupa...apa kod rahsia hidup kita yang kita kongsi bersama..

52:56,2:30
abid dan khalifah.


:)


okay,skg pon dah nak smpai pengakhiran fasa maghfirah...jom kita polish ramadhan kita!kita kan nak jadi golongan yang terpilih dan beruntung!jadi...JOM!manfaatkan masa ramadhan berbaki ini!
"perumpamaan mereka yang melalaikan RAMADHAN adalah ibarat memasuki lombong EMAS pada awalnya,malangnya.. keluar  daripada lombong membawa hasil COPPER.."-->rugikan?


wallahu3alam
semoga bermanfaat utk semua,moga ALLAH REDHA..^^
assalamualaikum wbt:)
selamat menonton!

(specially written to DOMERIANS,tazkir qulub ramadhan)
dan utk semua juga!:)

Thursday, August 2, 2012

HE is the one..

assalamualaikum wbt semua^^
kali ni.saya nak ajak semua jom kita tgk langit sama2^^
jom!




cantikkan LANGIT ALLAH ciptakan utk hamba2NYA..kita dihadiahkan oleh ALLAH waktu malam utk berehat,waktu siang utk bekerja mencari rezeki (belajar,pergi jamiah,etc),dan bila tibanya waktu malam itu,bukannya ALLAH hanya bagi waktu malam saja..tapi DIA indahkan lagi malam2 kita dengan SANG BULAN, BINTANG..ANGIN YANG SEJUK MENYAPA..subhanallah...hari2 kita disinari CINTA DIA..

ok,back to topic.
sebenarnya,,siapa sayang siapa dulu ni..?
kita kena sayang ALLAH dulu kee baru ALLAH sayang kita balik..?
hurm.


kalau kita sayang kat orang,mesti kita nak bagi yang terbaik kepada orang tu,apatah lagi kalau orang tu sayang sangat kat kita kan?

sama jugak dengan ALLAH..:)

katakanlah MUHAMMAD,"milik siapakah apa yang ada di langit dan di bumi?",katakanlah, milik ALLAH."DIA telah menetapkan sifat KASIH SAYANG pada DIRINYA.DIA sungguh akan mengumpulkanmu pada hari kiamat yang tidak diragukan lagi.orang2 yang merugikan dirinya,mereka itu tidak beriman"- SURAH AN'AM,12


kan ALLAH dah berfirman dalam QURAN,yang DIA sayang kita..:)
kita kena sayang ALLAH bukan sebab bila kita sayang ALLAH,DIA sayang kita balik..
tapi,sebab memang ALLAH dah sayang kita dari duluuuuuuu lagi^^

ALWADUD.
THE LOVER.



baik kan TUHAN kita^^ sentiasaa ada dengan kita x kira kat mana pon kita ada...TUHAN kita tolong kejutkan kita pagi2..TUHAN kita tolong kita jawab soalan dalam exam..dapat berfikiran dengan waras tyme pilih jawapan...TUHAN kita jugalah yang tolong tenangkan hati kita,DIA lah juga yang ciptakan banyaaaakkkk sangat enzyme yang dapat menjalankan biological process dalam badan kita..

apa lagi bukti ALLAH kita ni ALWADUD.. :?
tgk vedio ni.





subhanallah kan?ALLAH tahu kalau DIA tak bagi kita tangan dua,kaki dua yang cukup sempurna dengan five common senses,boleh bau makanan yang sedap..boleh tgk tanda kekuasaan ciptaan DIA,,boleh jalan pegi mujamma3*bus station*,boleh baca buku,ada tulang belakang utk baring,ada rasa sedih gembira..

:')

ALLAH,,terima kasih..

kalau ALLAH tarik nikmat satu jari telunjuk kita..sempurna x kita nak makan nasi..?
moga kita termasuk dalam kalangan hamba2 nya yang diberikan KASIHSAYANGNYA itu,sebab memang DIA sayang kita..bukan sebab dia nak lalaikan kita,,muhasabah...


terharu x dengan kasih syg yang Allah dah bagi kat kita dari dulu smpai saat ni kita bernafas..?ada satu nukilan cerita yang sahabat sy tulis dalam tazkir qulub ramadhan grup doctors of middle east (dome),masya Allah...sangat menyentap jiwa..:')


SAYA= SEORANG LELAKI :)
Suasana malam tu tenang je.. mungkin kerana keberkatan majlis yang akan berlangsung sebentar saja lagi.. bagaikan terasa sayap malaikat menaungi.. dalam hati saya mengaminkan bisikan2 suara makhluk berakal dan yang tidak, yang tidak henti2 memohonkan keampunan bagi mereka yang datang ke majlis ilmu ini.. rambut yang sedikit terjuntai masih lagi basah dengan wudhuk isya tadi, saya selit kemas dalam songkok… Al-Quran mini berwarna coklat muda itu saya belek, lalu saya buka muka surat bertanda, surah yusuf menyapa mata… teruja rsanya membaca surah ini.. Al-Quran bagaikan buku cerita terbaik dalam dunia.. cara penceritaannya hebat.. hinggakan teknik penceritaan surah yusuf dipilih menjadi salah satu strategi teknik pengolahan cerita oleh sebuah syarikat penerbitan ternama…kisah2 pengajaran yang reality pernah berlaku satu ketika dahulu, diceritakan semula… saya tertarik dengan Nabi Yusuf yang sangat tabah, meskipun sedari kecil memori dan sejarah silamnya tidak seindah orang kebanyakan, namun dia bangkit menjadi pemuda yang membawa peranan…. Walaupun saya tidaklah sehensem mana, saya yakin Allah memberi peluang kepada hambaNya sama rata… saya juga punya peluang utk menjadi ‘seseorang’ satu masa nanti, dan langkah saya perlu bermula dari sini…

Saya pejam mata… cuba merasakan kehadiran Dia setiap masa.. minda mula mencari idea… fikiran
saya menerawang..

Andaikan saya terasa sgt2 emergency nak masuk ke tandas awam… kena masuk selalunya due posen.. tak tertahan hingga mungkin kerutan di wajah saya berjaya mengundang rasa faham dari mak cik yg menjaga tandas itu..

“takpe dik, takpe.. masuk dulu.. terseksa mak cik tengok begitu..”
Allah, leganya.. berulang2 saya ucap tq.. bile keluar semula dari tandas, saya raba2 kocek jeans yg saya pakai… juga kocek di baju t-shirt biru ini.. tapi seposen pun takde.. serba salah rasanya.. saya tak mahu dituduh mengambil kesemptan.. sekali lagi mak cik itu bersuara…

“tidak mengapa dua puluh sen je..” saya tersenyum segan… saya cakap lagi kat makcik tu, tq, maaf sesgt.. baiknye die…

Andaikan saya beli kuih muih di bazaar ramadahan di Malysia…. Malaysiakan… makanan sgt banyak…. Macam2 saya rasa nak beli… tetapi kali ini, saya terlambat pergi, hempir waktu berbuka baru saya sampai ke bazaar tersebut.. memang banyak sgt bazaar yg dah tutup, tapi ada se lagi kedai kuih yg baaaaruuu nak start kemas, saya jalan laju2.. nak beli kuih.. mujurlah masih banyak yg tinggal…

“saya mahu ini seringgit…” telunjuk saya pada kuih badak berendam..

Saya pelik lihat pak cik itu membungkus pelbagai kuih dan dimasukkan dalam satu beg plastic.. saya toleh ke belakang.. memang saya seorng sahaja yg membeli… lebih pelik apabila dia suakan kuih itu buat saya… semuanya sekali…

“ramadhan kareem, adik! Sudah mahu tutup kedai.. adik ambil sahajalah semua ya, berbuka dengan keluarga.. doakaan pak cik murah rezki…” wah, Alhamdulillah, dapat free je…

Mereka sgt baik… kebaikan mereka, saya kegumi… jika insan2 disekeliling saya begitu, apatah lagi tuhanku? Dia pastinya lebih lebih lebih punya lebih lebih lagi baik… saya tersenyum.. Teringat analogy yang saya ciptakan sendiri akan kebaikan2 Allah… terasa hidup ini mudah sahaja walupun kadang kala ujian datang melanda..setiap hari, minda psositif dgn Dia.. walaupun punya kekangan waktu dek kerana tanggjwb yg macam2, keyakinan saya jitu, masa itu Allah yg pegang, dan setiap prob yg timbul, Dia akan bantu tanpa jemu.. dan jika Dia mahu bantu, bantuanNya mashaAllah, lebih mudah dari sekadar petik jari..

“ketik!” saya petik jari.. opss.. rakan2 disebelah menoleh pelik..

dewan besar yang mampu memuatkan lebih 50 orang pelajar sedikit demi sedikit mula dipenuhi dengan manusia… saya datang awal.. sebab nak cop tempat depan.. nak dengar direct dari penceramah.. kawan2 yang lain pun hadir seorang demi seorang… saya sempat curi2 lihat.. semua kawan2 sekelas saya hadir sama.. (MEJ3 YE :) dan semua MEJlah, ada yg tak nak baca sampai habis nanti….)

Alhamdulillah, beginilah ciri2 bakal2 pemimpin harapan ummah dan mawar2 agama yang patut ada dalam jiwa kita semua.. cintakan majlis ilmu..

Derapan langkah kaki penceramah saya soroti dengan pen yang sedia di tangan.. saya akan cuba pastikan setiap kalimat2 hikmahnya saya catat kemas dalam diari.. biar ia mampu diingat dan diulang2 menjadi ingatan, hingga nasihat2 dan kebaikan2 itu sebati dengan diri.. menjadi peneman, meneman mimpi… (muqaddimah dah panjang..)

Ringkas je pengerusi majlis menerangkan butir2 penceramah.. seterusnya penceramah memulakan ceramahnya dengan doa dan salam.. salamnya bersahutan..

“siapa disini yang mendapat tajaan ke luar Negara?” tanyanya dengan senyuman mesra. Senyuman tu bagaikan salah satu ucapan tahniah tidak langsung dari beliau..

Pelik rasanya mengapa dia bertanya.. setahu saya, semua disini adalah kawan2 yang sesampan dengan saya.. sama-sama akan ke oversea… saya angkat tangan.. semua kawan2 saya begitu.. kemilau cahaya kegembiraan jelas terserlah di wajah mereka…  hati saya berpalu ucap Alhamdulillah.. nikmatnya ya Allah, org yg tak terer macam ni  pun Allah sudi kasi peluang..

Soalannya yang seterusnya.. “siapa disini yang adik beradik dia lebih dari seorang? Senang cerita yang bukan anak tunggal?”… telinga saya sempat mendengar tawa2 halus yang mula kedengaran… saya  angkat tangan lagi.. layankan sahaja… hampir lebih separuh dari dewan mengangkat tangan.. majority…

“ok2.. saya tahu anda dah bosan.. soalan last2!”… dewan gamat dengan tawa…

“antara ramai2 adik beradik kalian, siapa disini yang hanya dia terpilih antara kakak dan abngnya yang Berjaya mendapat tawaran ke luar Negara?”… dewan senyap sunyi…

Saya mula mendapat ritmanya… soalan demi soalan yang penceramah ajukan, rupanya terselit hikmat halus yang cuba beliau sampaikan.. tidak menunggu respon dari pelajar yang berada dalam dewan… beliau teruskan berkata-kata..

“siapa yg dengan yakinnya mampu angkat tangan kat sini, dia terpilih kerana kepandaiaanya, kerana dia memang bijaksana?” senyuman itu masih seperti biasa.. mana mungkin ada yang berani mengangkat tangan.. saya dapat rasakan keikhlasannya dalam menyampaikan..

“ wahai bakal2 pemimpin harapan ummah, mawar2 agama… bukan tujuan saya mahu menyindir.. saya ingin kalian rasakan, betapa nikmatnya berada dalam kalagan mereka yang berpeluang ke luar Negara… berpeluang menjadi antara mereka yg berpelajaran.. biar hari2 kita adalah hari2 yang dipenuhi dengan rasa syukur tak terhingga.. hari2 usaha menjadi hamba terbaik depanNya…”

Tidak lekang mata saya melihat penceramah, tangannya memegang kejap bahu… suaranya lantang berbicara..

“berat bahu kita menggalas amanah dan tanggungjawab.. saya tahu, ramai disini bukan dalam kalangan mereka yang punya keluarga berada.. saya juga tahu, ada antara mereka yang memang dalam keluarga yang senang hidupnya… mungkin bagi mereka yang sederhana keluarganya, ini adalah seciput kebaikan dari Allah yang sudi memilih kita sebagai perantaraan.. membina kembali dan memperjuang nasib keluarga… tidak kurang juga bagi mereka yang kaya raya keluarganya.. ini adalah dari kebaikan tuhan yang tidak jemu memberi rezki dari arah mana2 yang Dia mahukan…”

KITA HAMBA BERHUTANG~

“saya teruja untuk berkongsi bersama.. perbualan yang pernah singgah di telinga saya mengenai bebrapa org pelajar saya yang bercerita mengenai duit2 tajaan yang tidak habis digunakan.. subhanallah, ada antara mereka yang memasang impian menyenangkan keluarga, ada yang mahu belanja keluarga ke umrah dan sebagainya…. Kalau kita tahu, betapa banyak sebenarnya kita berhutang, setiap detik dan waktu, kita pasti malu untuk culas laksanakan tugas kita sebagai seorang hamba…”

“ada antara mereka yang apabila habis sahaja exam, nak cepat2, nak lari2, lompat2, terbang2 balik kerumah…” suasana dewan yang sedari tadi sunyi mula kedengaran tawa.. mana tidaknya, setiap prbuatan yang penceramah lafazkan, dia iringi dengan aksi.. bagaikan benar sahaja dia mampu terbang….

“nak cepat2 balik sebab apa? Ada yang tidak sabar utk release tension dengan drama2, atau nak berfb , main game dan sebagainya… tidak kurang juga, mereka yang tidak sabar2 utk pulang ke rumah, nak cepat2 sujud syukur.. ‘terima kasih ya Allah, kalau Kau tak bantu, saaaaatttuuuu soalan pun, hamba tak berdaya nak jawab…’” hatiku terpukul… saya begitukah?

“bila kita rasa bahu kita berat dengan tanggungjawab, setiap perlakuan kita ada yang tidak jemu2 melihat dan menilai, kita akan ambil berat dengan setiap amanah yang telah diberikan….”

“kita tidak akn tegar culas dalam beribadat.. bangun subuh, lambat je sokmo… sebab kita nak jadi hamba terbaik… kalau di u pula, takkan berani nak ponteng kelas.. malu.. bukan dengan manusia, tapi dengan Allah… manusia bukan tahu pun.. kita boleh je rancang strategi nak ponteng tanpa dapat dikesan..”

 “memang kadang kala ada antara kita yang Allah pilih sebagai insan yang memang mudah nak tangkap belajar.. gifted,, tak kurang dengan mereka yang lambat sedikit, tapi percayalh, Allah ada je setia membantu… mari kita sama2 meraikan… saya tahu mereka2 yang punya kelebihan yang lebih ini selalunya dialah yang akan menjadi guru.. membimbing rakan2… lebih saya hormati kerana disebalik kepandaian itu, terselit sebuah disiplin yang jitu… dek kerana rasa mensyukuri akan kelebihan yang Allah kurniakan.. tidak pernah ponteng kelas, dan sabar mengajar rakan2…”

“mengapa harus ponteng kelas? Ada antara kawan2 kita yang tak diberi peluang oleh Allah utk sambung pelajaran ke dalam bidang perubatan.. ingat tak? Berapa ramai antara kawan2 kita yang dengan semnagatnya tulis dalam biodata, nak jadi doktor.. tapi kecundang di medan peperiksaan.. ingat tak kata2 mereka.. ‘ aku kalah disini, aku pass baton ni pada kau.. kau kena terus berlari, hingga ke garisan penamat..’… jangan begitu, jangan pandang enteng pada tugas kita, apa perasaan mereka jika merka tahu… terguris hatinya… bayangkan kalau mereka berdoa…. ‘ya Allah, kalaulah aku yang Engkau pilih berada di tempat dia, takkan aku sia2kan peluang ini.. akan aku gunakan sebaiknya…”

RASA KE DIA ADA?~

“saya analogikan sesuatu… kalaulah kita berada dalam perpustakaan… ada pustakawan (ye ke ejaannya?) yang dok meronda… tawaf keliling meja kita.. mesti kita akan baca buku dengan sgt sopan.. buka helaian demi helaian dengan penuh berhati2, takut terkoyak.. duduk diam2 je, sebab tak mahu kena tegur… atau kita berada di dapur mencuci pinggan, mak kita ada sama… mesti kita nak basuh pinggan cermat2, takut2 pula terjatuh, pecah pinggannya… begitu juga dengan kehidupan seharian kita.. kalau kita rasa diri kita diperhatikan sentiasa, ada yang mencatat setiap gerak laku kita, kita pasti akn cuba menjaga diri kita sebaiknya… ihsan setiap ketika…”

Majlis ilmu itu berakhir agak lewat malam.. tapi saya tak rasa merugikan, malahan ini bagaikan salah satu cara Dia dalam menyampaikan cintaNya.. Alhamdulillah… teringat beberapa tips keramat yang pernah dikongsi oleh sahabt….

“Awak, rasakan Allah ada disetiap detik dan waktu kita bernafas…”

Kalau2lah tengok jawab exam, blur dan blank semacam je… dalam kita mengerah otak mencari jawapn, ce try seru nama Allah, selawat… bisik dihati. “ya Allah, bantu saya hentam soalan ni, moga2 betullah, pasni nak study lagi baik2 lah…”

Ada kala kita terlambat ke satu destinasi… nak berjalan kaki macam tak berdaya je… doalah lagi, biar kte rase tiap masa Dia ada… “Ya Allah, hantarkan satu teksi.. saya benar2 dah terlambat…”

N even kalau kalian tengah mandi.. air tu adalah salah satu hamba Allah yang setia…. Pun boleh berdoa, dalam hati…. Biar rasa, Dia sentiasa ada… “dengan air ini ya Allah, aku harapkan Kau alir segala dan segenap semangatku yang telah luntur. Dek kerana markah ujianku yang tidak begitu baik… alirkan ia… buangkan jauh dari tubuh badanku… dengan air yang mengalir di tubuhku  ini juga ya Allah, jadikan ia bagaikan baja, jadikan ia penyembuh duka, bangkitkan kembali semangatku yang baru, utk aku terus dan terus bangun menggapai cita2… langkahku masih jauh.. aku tidak boleh mengalah sekarang…”

p/s: DEAR KAWAN2 SEKALIAN…. SAYA NAK PETIK KATA2 SEORANG AKHWAT… BILA KAMI SEBUT PASAL ‘SYABAB’, KAMI DAH TAK NAMPAK DAH DAK2 LELAKI YG SUKA SANGAT TARIK TUDUNG KAMI, KAMI TAK NAMPAK MEREKA YANG SUKA SGT CAKAP KASAR2, SUKA SGT CELEN2KAN KAMI DENGAN DAK2 LAKI LAIN, ATAU JULURKAN KAKI BIAR KAMI TERSADUNG, TAPI KAMI LIHAT MEREKA SEBAGAI MEREKA YANG BAKAL MENGUBAH DUNIA.. KAMI LIHAT MEREKA MACAM PEMIMPIN2 YANG KAMI MAHU SOKONG DARI BELAKANG… MEREKA HEBAT, SEBAB MEREKA INSAN YANG ALLAH PILIH SEBAGAI BAKAL PEMBELA AGAMA ISLAM.. KAMI POSITIF DENGAN PEMIMPIN KAMI… JIKA ADA TERSALAH SANA SINI SIKIT2 TU, KAMI ANGGAP ITU SEBAGAI LANGKAH PERTAMA, LANGKAH AWAL MEREKA UNTUK BELAJAR.. KAMI POSITIF…. insyaAllah, semoga Allah bantu kawan2 utk faham dengan cara yang terbaik sekali… ini nota syg+cinta, bulan ramadhan kan bulan kasih sayang, bukan nota yang mahu menyindir atau menghukum sebab jujurnya yang menulis lagi banyak salah dan lagi bnyak benda yang dia perlu ubah…
kalau kita pandang sesuatu dengan positif, hati kita akan menyanyikan irama yang sama.. sekian, tq sgt sbb tabah membaca..


credits to sahabat sy,nur amalina azman,jzakillah..



macamana nak tunjukkan kita sayang ALLAH?





MAHA SUCI ALLAH yang mengasihani hamba2NYA..DIA anugerahkan kita bulan ramadhan utk kita perbaiki rohani dan kita pantulkan dengan jasmani..ramadhan kareem yang pahala berkali333 ganda *i dont know the exact*, jom sama2 kita puluuun habis dan moga dengan momentum ramadhan ni,dapat diteruskan sampai bila2 pon..insyaALLAH..



moga ALLAH redha..jom SAYANG ALLAH!:)