Thursday, June 14, 2012

siapakah itu! :o

golongan sedikit?apakah?
ana?enta?enti?au entum..?au mumkin ehna..?

assalamualaikum wbt semua:)

pernah x anda rasa nak nangis sebab rasa terharu sgt dengan apa yang ALLAH dah bagi kat kita dalam setiap aspek hidup kita..?kita mintak Allah bagi,kita xmintak pon ALLAH bagi.tp,"diba!aku mintak kat Allah tp Allah x respon pon!:'( "
kalau mintak x dapat..?ALLAH hang dulu tu..:)ad lagi BEST yang ALLAH nak bagi..percayalah.

Allah,.
be my air,always surround me,
be my oxygen,help me in living,
be my sunshine,shimmering my day,
be my moon,beautify my night,
be my soulmate,make me calm,
and...
thanks for being my everything..:')

sesungguhnya,SOLATKU,IBADAHKU,HIDUPKU,dan MATIKU..LILLAHI RABBIL 3ALAMIN..

berjalan kaki yang ambik masa +-20 mins ke mujama'(bus station) everyday utk pegi sekolah,memang menguji.

tengah2 jalan,mengeluh.panasnya!

bahang yang sebelum ni x pernah dibayang kebahangannya..baru tahu apa erti bahang sebenarnya.

tapi,tiba2 teringat kisah saidina umar denga seorang hamba Allah yang sedang tawaf kaabah ketika itu.

saidina umar terdengar doa yang dipinta oleh si HAMBA ALLAH itu kepada SANG PENCIPTA


"ya ALLAH,jadikanlah aku GOLONGAN YANG SEDIKIT"


saidina umar     : mengapakah kau mahu menjadi golongan yang sedikit wahai hamba ALLAH?"


hamba ALLAH: kerana..golongan yang sedikit itu adalah golongan mereka yang bersyukur wahai umar..

*tersenyum sebentar*:)

nikmat ada x hirau,nikmat hilang kita sibuk cari nikmat itu..
samalah macam kuman seberang,jelas je nampak,gajah depan mata..?*ad kaitan x?:P*

ingat lagi x..dulu kan,nabi MUHAMMAD,sebelum Allah angkat jadi RASUL..

Allah yatimkan nabi,supaya baginda sabar dan berdikari,
Allah jadikan nabi seorang pengembala kambing,supaya nabi itu menjadi seorang yang tabah dan sabar.

dan akhirnya,kita sendiri dapat lihat,nabi kita menjadi seorang yang dikagumi dan qudwah hasanah buat kita,sehinggakan kekasih Allah itulah yang kita mohon utk mendapat syafaat pada hari yangMATAHARI HANYA SEJENGKAL ITU!

kita pula..?
ALLAH kurniakan kita ujian cuaca yang panas sejuk,hujan basah,tengkujuh,puting beliung!insyaAllah utk membina kesabaran dan ketabahan juga..supaya,kita menjadi umat pertengahan yang kuat,unggul persis jitu!

alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah.



jom tengok pulak comparison between planet2 kat universe ni,bumi pon kecik daripada planet lain,boleh bayang x sebesar spora manalah kita ni agaknya..?kecik je kan?
kalaulah meteor garden tu jatuh berderai2 macam hujan kat bumi,kita nak lari mana,,?
xde dah tempat lain kan..?
subhanallah.MAHA SUCI ALLAH.

tp kenapa Allah jadikan kita sebagai khalifah dibumi?kenapa Allah nak cipta kita sedangkan kita ni hanya sekecil2 makhluk?
jawapannya anda betul! tahniah sebab ingat lagi kod hidup kita:)

52:56,2:30

dengan atas sebab musabab itulah,jom kita sebut sama2,alhamdulillah:)

mulia kita dengan ISLAM.


jadinya,sahabat2 yang ALLAH sayang sekalian,
ingatan utk diri ini juga..jom kita jadi golongan yang sedikit tu..:)
kita book tempat kat jannah teratassss sekali,insyaAllah..




Allah......cabaran bahang siang dan malam  ini akan kami jadikan sebagai wasilah untuk melatih diri untuk terus bersabar..dan  bersyukur atas setiap perkara,insyaAllah..

lastly,macam biasa yang xde lah biasa sgt,sy nak dedicate lagu kepada anda,anda dan anda!:)


moga bermanfaat utk semua,insyaAllah..:)
assalamualaikum wbt..


Tuesday, June 5, 2012

APA sentuh JIWA kamu,kamu dan kamu..?? ^^

pada awan biru,KU MELAKAR kata2,
pada langit cerah,ku PANAH semua CERITA,
DENGARLAH mentari suara hatiku menyanyi,
BERTERBANGAN jiwa merentasi pelangi..


assalamualaikum wbt,
semoga sentiasa berada dalam RAHMAT si DIA semua:)
nampak x pelangi kat atas tu? begitulah pelanginya HATI sy ketika ini,dan moga ALLAH kekalkan pelangi dihati kita selamanya:)

*rasa eksited pulak nak share,hehe:D*

sy nak tambah lagi satu ke best an sy ddk di JORDAN ini,akhawat disini suka share ayat favourite,waktu sy  duduk2,sy heran,kenapa kawan2 sy duduk ramai2 kat kerusi hujung tu..??sy pon join dyrg,tiba2,sorg daripada sahabat berkata:

diba,jom share ayat favourite!

BEST kan share ayat favourite ni,mungkin sahabat2 boleh try dengan kawan2,sangat BERMAKNA!kerana apa..?kerana....xsemua ayat alquran *terjemahannya* itu menyentuh hati2 kita,tp,ayat tersebut telah ALLAH sentuhkan hati2 sahabat2 kita yang lain,so....kita kenalah share kan ayat apa yang ALLAH sentuh hati kita tu..:)

"DAN SEBAHAGIAN TANDA2 KEBESARAN ALLAH,engkau melihat bumi kering tandus,tetapi apabila KAMI turunkan hujan di atasnya,nescaya ia bergerak dan subur.SESUNGGUHNYA,ALLAH yang menghidupkan  PASTI dapat MENGHIDUPKAN yang mati,DIA MAHA KUASA ATAS SETIAP SESUATU.."  41,39

kalau anda baca terjemahan ayat kat atas ni,apa yang sedang berlegar2 dalam kepala anda agak2..?mesti bayang pokok2 yang kering kontang,kaler kuning,tanah pecah2 rekah2..then,turunlah hujan...basahi bumi,segarkan balik tanah dan tumbhan tu kan..?

HEBAT x sy teka..?:P

TAPI,cuba kita lihat dari dimensi berbeza pula,

HATI MANUSIA yang  GERSANG.anda pernah x rasa hati anda kering....?rasa macam ad sumthing yang hilang.TAPI, anda x tahu ap dy yang hilang tu.dan kita pon tercari2..apa benda yang hilang itu.jadi,apa perlu kita buat? kita BASAHKAN ia:), basahkan dengan majlis ilmu..basahkan dengan ayat2 cinta ALLAH..basahkan dengan hati ingt kepada si DIA:)


haa..nampak xdalam gamba tu,hati anda yang sedang basah kuyup!

*lagiayatmenyentuhjiwa*

"TUHANMU TIDAK MENINGGALKAN ENGKAU DAN TIDAK PULA MEMBENCIMU" -ADDUHA,3

ayat ni ALLAH turunkan kepada nabi MUHAMMAD utk memujuk nabi sewaktu wahyu ALLAH berhenti buat sementara kepada BAGINDA.dan ketika itu,kaum musyrikin berkata,"TUHANMU TELAH MEMBENCI engkau!"

L.I.H.A.T dan P.E.R.C.A.Y.A

ALLAH sayangkan KITA,dan DIA tidak pernah membenci kita,sama juga dengan kemaksiatan,kita x benci mereka yang buat maksiat,tapi kita benci atas perbuatan maksiat itu. JADI sahabat2 sekalian,takkanlah TUHAN sang PENCIPTA pun x benci manusia,kita yang sesama manusia ni,masih lagikah nak membenci sesama sendiri..?

M.U.H.A.S.A.B.A.H

ketahuilah dan sedarlah.ALLAH ITU DEKAT :')

baca quran,tapi X TAHU apa yang ada dalam ALQURAN tu?
jom kita sama2 tgk apakah TEMA ALQURAN ..


1)SIFAT ALLAH 
2)PENCIPTAANNYA
3)HARI KIAMAT
4)MA3AD-SYURGA NERAKA

dan..bila kita dapat rasa NIKMATNYA PEMBERIAN ALLAH dan YAKIN atas setiap ketentuan DIA,maka....

"DIALAH yang telah menurunkan KETENANGAN kedalam HATI orang mukmin untuk menambah keimanan atas KEIMANAN mereka yang telah ada..."AL FATH,4

kalau rasa hati x tenang,LIHATLAH ciptaanNYA,lihatlah HIJAUnya pohon,BIRUNYA langit...sebab apa,,??,dengan lihat KEAGUNGAN ciptaan DIA kan dapat tingkatkan iman?so..dengan itulah,ALLAH akan campakkan kedalam jiwa kita,rasa ketenangan itu..:)

moga ALLAH terus sayang kita,insyaAllah,
lastly...apakah nikmat yang ALLAH bagi kat kita lepas nikmat IMAN dan ISLAM?

NIKMAT manisnya UKHUWAH itu, jadi,selamat berukhuwah SEMUA SAHABAT2 sekalian:)

lagu kat bawah ni specially dedicated tu SEMUA sahabat2 seISLAM saya di luar sana,moga ALLAH kekalkan hati kita diatas jalan ini,MOGA ALLAH redha ^^~



kita LAUNGKAN ALLAHUAKBAR ALLAH MAHA BESAR

SEIRING SEHALUAN SATU CITA DAN IMPIAN,
SUSAH dan SENANG kita tempuhi BERSAMA,
BERTEMU BERPISAH kerana ALLAH <3

INSYAALLAH..:)

assalamualaikum wbt,


Saturday, June 2, 2012

oh ME want syitak or SOIFI actually??


manusia TIDAK pernah akan hargai teriknya MENTARI selagi mana mereka duduk di GURUN SAHARA, ataupun gurun otw g JUST tu pon boleh.dan manusia yang 24 jam duduk dalam aircond atau kat antartika takkan pernah hargai nikmat sejuk itu SELAGI MANA dia x rasa kepanasan bahang sang mentari itu.

assalamualaikum wbt semua:)

syitak ataupon WINTER yang sudah lama berlalu.ya.detik itu.sewaktu membawa diri di TURKI,sejuk melampau mencecah -15 degree Celsius SANGAT menguji iman.waktu itu,terdetik dihati,"ALLAH......XSABAR nya nak soifi!*summer*,sejuk geletaq xleh buat apa ni!"

smpaikan tyme jalan2 kat konya,TURKI itu,keluar statement ambil gambar pakai "memory capture" saja kerana terlalu sejuk utk keluarkan tangan dari winter coat utk ambil gambar.

TAPI,di jordan,suhu paling sejuk syitak 2012 adalah -2  *if im not mistaken*

-15/-2 degree------------>40 degree???an jad??!*seriously?*
(makluman:suhu irbid tidak sepanas itu setakat ini.hanya mencecah 30 degree mungkin..?)

subhanallah.

summer break kami diisi dengan trip ke aqabah,kami bertolak pada jam 11 malam. perjalanan irbid--> aqabah lebih kurang tempoh perjalanan kajang-->kulim,kedah.6jam

ya.sewaktu didalam koster otw ke aqabah.cuaca SANGAT lah panas.lagi2 sewaktu merentasi kawasan GRAVITI TERENDAH DUNIA.laut mati. telinga berdesing!selepas melepasi kawasan GRAVITI TERENDAH itu,pak cik koster singgah di sebuah perhentian,masjid. berpeluh!waktu itu juga dapat melihat semangat kekitaan bersatu teguh bercerai roboh  rakan2 dalam menyapu sunblock utk elak kulit terbakar.

lega.membawa diri ke toilet nak air utk basahkan diri.

tapi,hati hancur berkecai bila pegang tombol paip air itu pon suam2 rasanya.bukak paip,rasa air.subhanallah.air ini rasanya sangat sedap jika kita guna utk mandi tyme syitak ==''


sewaktu iman berada pada percentage rendah itu,terasa diri ini amat tidak bersyukur.waktu syitak dimintanya soifi.waktu soifi.dimintanya syitak.

"xbestnya soifi! dah la BANYAK NYAMUK,dah tu pulak,nak keluar PANAS BAKAR2!"

M.U.H.A.S.A.B.A.H

"dan DIAlah pemilik sumber RAHMAH yang tidak PERNAH putus memberikan segala kenikmatan"-terjemahan ALFATIHAH,3

LIHAT?ALLAH sayang kita kan?DIA bagi kita macam2 nikmat.regarding to musim2 ni.ADA kelebihan dia,ADA juga kekurangannya masing2.hatta MUSIM TENGKUJUH pon,ad kelebihan kelemahan dia juga.banyak IKAN yang lazat diperoleh,tapi.banjir akan menyelubungi pantai timur kelantan terengganu itu.

"kemudian kami membangkitkan kalian dari KETIDAKSEDARAN dan KAMI AJARKAN agar kalian BERSYUKUR atas nikmat kami ini.juga kalian melaksanakan HAK ALLAH dengan jalan bersyukur"-terjemahan ALBAQARAH,56.



dalam tengah merungut di hati air yang panas  di masjid  itu tadi,tiba2,bila masuk masjid,ada penyaman udara,subhanallah...TYME tu baru menghargai nikmat ALLAH itu,sangat ALLAH itu MAHA mendengar!

HEBAT aturan ALLAH utk kita,kan? :')

hargai dan syukuri SEMUA nikmat ALLAH.*ingatan pada diri juga*, sekecil nikmat,jika ALLAH tarik,akan bawa impak besar pada kita.eg:cuba anda try kepakkan ibu jari ke tapak tangan,dan try makan nasi dengan 4 jari itu saja,tanpa ibu jari.susah bukan?

lihatlah NIKMAT ALLAH dengan MATA HATI.kerana jika nikmat kita lihat melalui MATA KEPALA sahaja,kita tidak mungkin akan bersyukur,kerana apa?kerana HATI itu DIA telah kurniakan utk kita menghayati dan merasakan zuqnya keindahan ciptaannya.kalau tidak dengan hati,masakan seorang itu berkata hatinya terpanah jika dia jatuh cinta,kan?


pemberitahuan: rupa asal coklat ini adalah bulat2,kalau di malaysia,macam coklat van houtan  yang bulat2 tu.

setakat itu saja perkongsian yang xseberapa daripada hamba ALLAH yang masih lagi belajar mensyukuri nikmat ALLAH yang amatlah luas itu,jika nak tulis seluas 7 lautan pon xdapat tanding dengan nikmat si DIA..subhanallah..:)


LASTLY:),sy dedicatekan lagu ni specially utk semua yang sedang membaca..:)



moga ALLAH kekalkan hati di atas jalannya,moga ALLAH tetap sayang kita sampai kapanpun:)assalamualaikum wbt..

Friday, June 1, 2012

BETUL anda CINTA itu...??

                                    
assalamualaikum wbt,


sekarang tgah cuti semester,tak pergi mana2,duduk dirumah,xbuat ap2..
yes!
masa lapang.kalau tanya semua orang,semua pon akan cakap "I LOVEEE FREEEEEE TYME",boleh lepak2 bilik kawan..tanam pokok kat farm ville tanpa rasa resah gelisah x baca anatomy and physiology lagi..boleh tgk team medical dragon,running man,bof dan x lupa juga kepada yang suka tgk tom and jerry dan juga shin can.


kita free utk buat apa yang kita suka tapi asalkan benda2 tu bawa kebaikan dan pembangunan dalam diri kita.itu yang kita mahu.siapa kata kalau asyik tgk movie xbawa kebaikan?


tapis kata.


xsemua movie tu membawa keburukan.saya kagum dengan rakan2 saya yang suka tgk movie ni sbb ilmu dyrg banyak.mereka blaja daripada ap yang mereka tonton.




contoh:




farhana  merupakan seorang yang sangat suka tgk cerita team medical dragon yang ad 3 season tu  *xsalah sy ad 3 season*
tyme kat kelas physiology,ad seorang rakan yang bernama aqilah bertanya:


aqilah: wey,actually,bape lama nak mati otak lepas xde oxygen supply?


farhana:4minit!dalam team medical dragon ada cakap


NAMPAK?


kalau orang tu tgk movie, ambil ibrah dan  pengajaran,insyaALLAH,dy akan dapat sesuatu.kita isi masa lapang bukan hanya nak "asalkan masa lapang aku terisi..sudahlah."


TAPI.kita jadikan setiap amalan yang kita buat itu membuahkan sesuatu kebaikan kepada kita.
 tgk running man pulak,kita kenalah contohi semangat2 waja peng runner tu utk beroleh kejayaan,itu SANGAT membina MOTIVASI dalaman kita yang insyaALLAH xkenal erti putus asa..


kalau tgk B.O.F pulak *lelakiatasbunga*,erm..ha!sy tgk kawan2 saya yang tgk cerita tu mempunyai nilai emphaty yang sangat tinggi.



kalau suka pasang robot2 gundam,pasang2 puzzle-membina minda kreatif dan kritis.


bila berbicara tentang hobi dan nilai kecintaan masing2 terhadap ap yang kita suka buat,M.U.H.A.S.A.B.A.H.


kita kena ingat,semua perkara yang kita lakukan,kita kena nilai.kelebihan yang diperoleh melalui cerita BOF,TMG dan running man, hatta bercucuk tanam di farm ville pon,perlu ada hadnya.even kalau hobi baca blog orang pon,perlu ada hadnya*tembakdiri*


SEMUA ada had




“Demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaannya). Maka Dia mengilhamkan
kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya. Sungguh beruntung orang
yang mensucikannya. Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.” 
[QS asy-Syams, 91:7-10]


kalau kita pandai bahagikan masa kita dengan TUHAN,dengan HOBI kita,insyaALLAH,tiada masalah..jangan dilupakan juga tentang kewajipan kita seharian itu..jangan sampai KECINTAAN kita pada SESUATU itu mngotori jiwa kita dan akhirnya..menghumban kita keneraka sudah,nauzubillah..


“Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik.” 
[QS Ali ‘Imran, 3:14] 

hobi=potensi diri+pengalaman baru+pengetahuan baru+membina jiwa tenang+mengasah diri dengan kebolehan lain

fitrah manusia itu begitu,jadi raikanlah.raikan dengan gunakan ia dengan sebaiknya..sama juga dengan cinta.kalau kita guna ia dengan sebaiknya,jalan yang betul*ikut syara'*.tiada masalah.

jadi,sahabat2 yang ALLAH sayang sekalian..

kita asah diri.kita bina potensi.kita kan nak berlari menuju syurga ALLAH..?bukan berjalan.berlari.jadi,kalau kita nak berlari menuju syurga ALLAH itu,usaha kita kenalah setimpal dengan itu..kita sama2 pegang tangan,sahut seruan.jangan biarkan diri kita hanyut didalam sungai keduniaan yang fana ni.berhibur itu perlu.tp ada batasnya.*sendiri terasa layan taylor kena kurangkan*

orang yang ada tarbiyah sebagai jantung dan iman sebagai blood capillaries,dipumpnya iman oleh tarbiyah keseluruh tubuh melalui systemic circulation,dan membuang jahiliyah melalui pulmonary circulation,menyedut rohaniah,ruhul jadid yang baru.sebagaimana kita membuang carbon dioxide,menyedut oxygen.begitulah muslim yang membangun.

anda buat salah, ada rasa BERSALAH  dalam diri??alhamdulillah.syukur ALLAH.kerana DIA sayang ANDA.DIA xmahu anda terjerumus kelembah HINA itu..kan sy pernah mention sebelum ni,


begin with the end in mind


kita doa nak masuk syurga hari2..

"ya ALLAH,masukkan aku kesyurgaMU,dapat duduk kat tepi2 pintu syurga pon jadilah!,asalkan,aku x masuk neraka"

dan usaha kita pon sama macam kat tepi2 pintu jelah.

kalau kita target nak syurga teratas,usaha kita pasti teratas juga kan?:)*sama2 muhasabah*

ok.setakat itu sahaja luahan pendapat sy utk kali ni,assalamualaikum,moga terus thabat diatas JALANNYA,insyaALLAH..:)