Thursday, May 31, 2012

AM i a gud MUSLIM? for mySELF or for OTHERS?

"TO REACH THE TOP,THE FIRST STEP COUNT"





assalamualaikum wbt kepada semua para pembaca, alhamdulillah,anda adalah insan yang terpilih oleh ALLAH utk menyuburkan lagi ROHANI supaya HATI kita tetap padaNYA,insyaALLAH:)

sedang duduk2 bersantai di rumah senior,tiba2 senior tahun dua dentistry itu pun memulakan bicara..

senior: korang tau x code hidup kita sama,..best kan??
kami: sama?eh,mak sy x pernah cakap pon sy ad kod hidup...camane akk boleh ad?

sambil tersenyum, senior tersebut pon berkata..

senior: 51:56,2:30..

kami: owhh..kalau macam tu kitorang punya code hidup pon 52:56, 2:30 la ye kak!style!

seukir senyuman terlukis dibibir:)

subhanallah..indahnya ISLAM,sehinggakan code hidup kita pon boleh sama kan?

" AKU TIDAK MENCIPTAKAN JIN DAN MANUSIA MELAINKAN AGAR MEREKA BERIBADAH KEPADAKU"-SURAH ADZARIYAT,56

"DAN (INGATLAH) KETIKA TUHANMU BERFIRMAN KEPADA PARA MALAIKAT,"AKU HENDAK MENJADIKAN KHALIFAH DI BUMI".MEREKA BERKATA,"APAKAH ENGKAU HENDAK MENJADIKAN ORANG YANG MERUSAK DAN MENUMPAHKAN DARAH DISANA,SEDANGKAN KAMI BERTASBIH MEMUJIMU DAN MENYUCIKAN NAMAMU?". DIA BERFIRMAN,"AKU MENGETAHUI APA YANG TIDAK KAMU KETAHUI"-SURAH ALBAQARAH,30



GUNAKANLAH code itu utk membuka peti AMALAN kita diakhirat kelak..


sy yakin dan pasti,SEMUA orang pon tahu,CODE ini penting..INTABEH*PERHATIAN!* JADI,lepas ni,sebar2 kanlah code hidup ini kepada rakan2,saudara2,dan mereka yang terdekat sebagai tanda KASIH SAYANG kita kepada mereka,berpimpinan TANGAN hingga KESYURGA,insyaALLAH..


"macamana ni..aku x cukup baik utk berdakwah...:("

"diri aku pon x betul lagi,camane nak betulkan orang lain..??"

"xpayahlah susah2 nak pikirkan masalah ummah ni..pandai2 lah hidup,masing2 dah besar kan..ada pilihan masing2..kata the choise is in ur hand..so?"

bla.bla.bla.

SEMUA orang baca QURAN hari2,tidak kira dimana2 kita berada,sedarkah kita bahawa ALLAH telah meletakkan di bahu kita beban utk menyampaikan dakwah itu?

"DAN DEMIKIAN PULA KAMI TELAH MENJADIKAN KAMU (UMAT ISLAM) SEBAGAI UMAT PERTENGAHAN AGAR:

1)KAMU MENJADI SAKSI ATAS PERBUATAN MANUSIA
2)RASUL MENJADI SAKSI ATAS PERBUATAN KAMU 

SURAH ALBAQARAH,143

SYAHADATUL HAQ-KESAKSIAN YANG PASTI.

jadi,tiada lagi utk kita katan TIDAK kepada penyebaran ilmu ALLAH itu yakni DAKWAH, kerana kita semua adalah saksi sesama kita,SEDARLAH. hari PENYAKSIAN itu PASTI. dan tiada keraguan padanya.

oleh itu,sahabat2 yang diSAYANGI ALLAH sekalian..

yang LUPA,kita INGAT2kan
yang terLENA,kita KEJUT2kan
yang TIDAK MAHU,kita SEDARkan
yang SEDAR,kita BANGUN2kan.



try to be a productive muslim,perjuangan kita xkn sia2..bila mana sy terlupa ANDALAH tolong SEDARKAN sy,kerana..fitrah manusia itu adalah L.U.P.A

berusaha..dan terus berusaha..INGATLAH.janji ALLAH itu PASTI.STOP denying and saying tat WE CANT.REMEMBER,ALLAH has mentioned in the QURAN, 

LAYUKALLIFULLAHUNAFSAN ILLA WUS3AHA..

Bukankah ALLAH telah berkata dalah surat CINTANYA kepada kita,:" APABILA KAU TELAH MEMBUAT TEKAD,MAKA BERTAWAKALLAH KEPADA ALLAH,SUNGGUH ALLAH MENCINTAI ORANG2 YANG BERTAWAKAL".

so,whats next..?anda lah yang tentukan.sesungguhnya DAKWAH itu bukanlah BEBANAN,tetapi LAMBANG CINTA kita kepada orang yang kita SAYANG,kita sayangkan SAUDARA seISLAM kita,dan itulah THE MAIN REASON kenapa kita PERLU selamatkan mereka daripada dunia yang hanya MAINAN semata2 ini..

"DAN TIDAK DINAMAKAN KEHIDUPAN DUNIA MELAINKAN PERMAINAN YANG SIA2 DAN HIBURAN YANG MELALAIKAN,DAN DEMI SESUNGGUHNYA NEGERI AKHIRAT ITU LEBIH BAIK BAGI ORANG2 YANG BERTAQWA,OLEH ITU,TIDAKKAH KAMU BERFIKIR??"- SURAH AL AN'AM,32

semoga sahabat terus thabat dalam menempuh setiap ujian darinya..SEDARLAH.ujian itu juga adalah TANDA KASIH SAYANG ALLAH kepada kita kerana,DIA RINDUKAN kita..


hayatilah lagu diatas,moga JIWA2 pemuda pemudi ISLAM anda tersentuh utk LEBIH mensyukuri NIKMATNYA...SUBHANALLAH..THANK YOU ALLAH..

                                               "BEGIN WITH THE END IN MIND"

SEMOGA anda sentiasa berada dalam KASIH SAYANGNYA..INSYAALLAH..assalamualaikum wbt..:)


Wednesday, May 30, 2012

sebarkan CINTA ALLAH dan ISLAM

"ALLAHLAH YANG MENCIPTAKAN KAMU DARI KEADAAN LEMAH,KEMUDIAN DIA MENJADIKAN KAMU SETELAH LEMAH ITU MENJADI KUAT,KEMUDIAN DIA MENJADIKAN KAMU SETELAH KUAT ITU LEMAH, DAN BERUBAN.DIA MENCIPTAKAN APA YANG DIA KEHENDAKI.DAN DIA MAHA MENGETAHUI,MAHA KUASA"
surah ARRUM,54

Assalamualaikum kepada para pembaca yang saya hormati sekalian,alhamdulllah...Allah masih lagi SAYANG akan kita pada hari ni kerana DIA masih lagi berikan kita PELUANG utk bertaubat dan menjadi HAMBA yang taat akan perintahNYA ,syukur ALLAH..

m.a.n.u.s.i.a, semua yang sedang membaca ini sy pasti,anda sudah bergelar manusia itu,syukur Allah kerana anda seorang manusia..setiap hidupan dan makhluk yang diciptakan YANG ESA terbahagi kepada DUA:




1)IKHTIARI-boleh memilih jalan hidupnya..baik yang diusahakan dan dikehendaki si empunya diri..makan baiklah dia..

2)IJBARI- hidupnya memang telah ditentukan oleh Allah,tiada pilihan untuknya,apa yang ditetapkan oleh Allah,maka itu sajalah pilihannya..cth:malaikat,haiwan etc

jadi sahabat pembaca yang saudara seISLAM sy sekalian,yang mana satukah kita sebagai M.A.N.U.S.I.A ini dikatogorikan?ya.itulah jawapannya..manusia merupakan makhluk yang hidupnya diberi pilihan sama ada utk menjadi baik ataupun buruk


anda mahu bukti kenapa saya katakan begitu?

nabi  MUHAMMAD S.A.W pernah bersabda," SESUNGGUHNYA DALAM DIRI MANUSIA ADA SEKETUL DAGING.APABILA BAIK SEKETUL DAGING ITU,MAKA BAIKLAH KESELURUHAN JASADNYA.APABILA BURUK IA,MAKA BURUKLAH KESELURUHAN JASADNYA ITU.SEKETUL DAGING ITU ADALAH HATI"


TETAPI,persoalan yang terlintas difikiran sy,adakah adil bagi kita utk menghukum mereka yang tidak berada dalam bi'ah solehah *suasana muslim* itu,utk kita hukum mereka dengan membiarkan mereka terus berada dalam suasana JAHILIYAH selamanya..??atau kita terlalu leka dengan usaha membangunkan diri sehingga tali sepatutnya kita ikat pada mereka sepaya mereka tidak hanyut dalam arus dunia khayalan mereka yang hanya mainan semata2!!

sahabat2 yang dicintai ALLAH sekalian..

mari kita sama2 berzikir dan ingat ALLAH sama2..satu langkah kita DEKAT dengan DIA,BERIBU LANGKAH DIA dekati kita,jika sy tanya anda,apakah yang paling dekat dengan anda?suara hati anda?TIDAK SAMA SEKALI.kerana apa?kerana ALLAH lebih mengetahui isi hati kita LEBIH daripada diri kita sendiri.JADI?JELAS.ALLAH itu DEKAT:)

Bagi mereka yang sudah bangun daripada JAHILIYAH masing2,tahniah.dan teruskan bangun,kita bangkit utk ISLAM.kita bangkit utk dapatkan semula SYURGA milik ADAM dan HAWA itu.SYURGA  itu MILIK KITA,SEDARLAH.

sedang kita sibuk hanyut dilautan dunia yang ADA noktahnya ini,kita LUPA dan ALPA akan kehidupan yang ABADI itu..sayang kan?

RASA FUTUR*lemah semangat dan putus asa?* RESAH GELISAH tiada hala tuju?rasa diri lemah?YA.memang semua manusia akan rasa begitu,TEGAS saya katakan,TIADA rasa sebegitu,anda bukan manusia.



sabda RASULULLAH s.a.w," HATI MANUSIA ITU TIDAK PERNAH STABIL DAN SELALU BERGELORA.BAHKAN GELORANYA MELEBIHI GELORANYA AIR KETIKA MENDIDIH."

tapi..apa yang ALLAH kata?

"ORANG2 YANG BERIMAN ITU HATI MEREKA TENTERAM DENGAN INGAT KEPADA ALLAH.INGATLAH,HANYA DENGAN MENGINGATI ALLAH,MAKA HATI TENTERAM"-ARRA'DU,28


CANTIKKAN ISLAM?:)

hati masih hilang?tidak terasa ALLAH berada disisi?ADA SOLUTIONNYA:





ubat hati itu ada lima perkara:

1)BACA quran dan FAHAMI maknanya
2)SOLAT malam dirikanlah
3)berkumpul dengan ORANG SOLEH
4)perbanyakkan PUASA
5)zikir malam BERPANJANGLAH


IMAM GHAZALI pernah berkata:
carilah hatimu di 3 tempat,

1)ketika membaca ALQURAN
2)ketika SOLAT
3)ketika duduk bertafakur mengingati MATI

kalau tidak juga kamu temukan hatimu itu,maka pintalah kepada ALLAH hati yang baru..

indahnya ISLAM,if only semua dapat merasai INDAHNYA ISLAM itu..subhanallah...

SEBARKANlah kasih sayang ISLAM walau dimana bumi dipijak,dengan kerana KASIH SAYANG abu bakar kepada NABI dan ISLAM lah,BELIAU tetapkan hati utk teruskan berjuang utk membangunkan syiar ISLAM..wallahualam,semoga ALLAH tetapkan HATI..

"hasbi rabbi jallallah..mafi qalbi ghairullah..nur muhammad sollallah..LAILAHAILLALLAH.."