Wednesday, April 18, 2012

we're strong,yes we are:)

bismillahirrahmanirrahim,assalamualaikum wbt..

dah LAMA sgt sy tidak menulis di blog ni,.,sbnrnya sy sgt kagum *tabik spring2*dgn rakan2 sy yang masih lagi mampu menulis dan berkongsi ilmu  dalam kesibukan belajar dan peperiksaan yang tidak bermusim..sedar x sedar,tahun 2012 hanya 1 post sahaja.sebelum melangkah dengan lebih jauh untuk post kali ini,sy ingin berkongsi dengan semua satu video..




"kau katakan rahmatnya mengatasi segala...subhanallah.."


sedar tidak sedar sudah 7 bulan diri ini menapakkan kaki di bumi bersejarah urdun..HESHIMATE KINGDOM of JORDAN ,secara jujurnya..keputusan yang dibuat bukanlah sesuatu yang dirancang..kerana ap?kerana penggerak sy utk terus berusaha sedaya upaya sewaktu spm dulu,yang menjadi titik tolak sy utk berusaha menggapai mimpi dan angan2 utk naik pentas waktu keputusan spm diumumkan adalah semata2 utk melayakkan diri utk meneruskan perjuangan dalam bidang medic di ireland dan menjadi seorang doktor..walaupun sy bukanlah org yang hebat seperti rakan2 sy yang lain tetapi,dulu..sy yakin,usaha..pasti dapat,usaha..pasti dapat..yang membezakan hanyalah usaha kita..kalau usaha..dapat.tetapi,subhanallah...betapa Allah sangat sayang akan hambanya..Allah telah menetapkan yang terbaik buat diriku utk menjejakkan juga kaki di bumi urdun ini..dan disinilah..sy mula mengenali dengan sebenarnya..apa itu tawakal,apa itu usaha,apa itu pergantungan diri kepada Allah dengan sebenarnya..

dan subhanallah...disini juga..betapa penyayang nya Allah itu telah menemukan sy dengan rakan2 yang alhamdulillah..sangat membina..2nd semester...result yang diperoleh tidak seperti yang diharapkan,ketika diri ini sedih keseorangan,sy seperti orang yang putus harapan dan hampir berputus asa..kerana ap?kerana usaha keras tidak membuahkan hasilnya..TETAPI...

berkata seorang sahabat kepada sy:"diba..awak berusaha,sy berusaha,kita semua sudah berusaha..Allah xkn  sia2kan usaha hambaNya...belajar itu bukanlah sesuatu bnda yang mudah,apatah lagi bila kita blajar mengenai ciptaan Allah yang teragung.Allah itu adalah nilai usaha..sbb tulah siapa yang menuntut ilmu..Allah akan memudahkan jalannya ke syurga..Allah x pandang natijah,tp Allah pandang usaha..Allah tahu ap yang dikehendaki hambanya..cuma dy nak diba lebih dekat dengan dy,sbb dy sayang diba...sangat sayang kat diba..sebab tu dy suruh diba usaha dan terus usaha dengan lebih dekatkan diri denganNya..diba pernah terfikir x,Allah akan cakap macam ni: syaza adibah..aku baru uji kau dengan sedikit kegagalan dan kepayahan dalam menuntut ilmu..kau telah mengalah..kenapa???sedangkan tidakkah kau mengetahui bahawa jika kau tambah usahamu sedikit sahaja lagi dan terus berusaha,aku akan berikan kepada kau kejayaan itu syaza adibah..."

tersenyum sy mendengar ungkapan ayat indah itu..terima kasih teman,,,sayang kamu kerana Allah..:)

"dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu (muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat.Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila berdoa kepadaku"-SURAH ALBAQARAH,186  nampak?? Allah sayang kita kan?terima kasih Allah sebab sayang kami..:)

"dan sesungguhnya manusia hanya memperoleh apa yang diusahakannya"-ANNAJM,39


"kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna"-ANNAJM,41


apa yang lebih membuatkan sy tersenyum adalah:


"perrgghh... tepu kepala study"

"dah x boleh masuk dah.."

"hish.. stress, dah cukup malas dah, buat ape belajar OC ni?? nanti jadi doktor bukannya pakai pown.."

ni lah contoh2 sindrom yg biasa berlaku bila dah dekat dengan exam.. fed up, kurang semangat, last sekali rehat jap kita ber'FB', main game, novel..

tapi...

bila tengok jam, "oh, dah 3 jam aku study dari tadi"

fuhh, bukan senang nak kekal thabat 3 jam study..

rupa-rupanya, 3 jam lepas aku tak membazir kot, aku telah menyahut seruan Allah, beramal dengan cara menuntut ilmu

jap, kan Allah SWT tu maha melihat..

maknanya... dari tadi Allah tengah tengok aku buat benda baik kot..

bestnye.. kalau tadi aku mati confirm syurga :D

3 jam lepas aku jadi manusia paling special kot..

malaikat x habis2 catat amalan aku tadi,

sebab aku belajar tadi ikhlas nak cari keredhaan Allah SWT...

"ok, sambung study lah macam ni, kalau boleh setiap saat aku nak jadi 'hamba special" pada Allah, tak kan 3 jam tadi je.."

betulkan niat, ikhlas kerana Allah, sesungguhnya syurga menanti orang yg bersabar..

selamat menjawab esok.. =)





tersenyum jugakah anda membcanya:)


muhasabah..:)

dan di sini  jugalah sy bertemu dengan acronim sebegini:


Untuk chapter 6, antara R dan S, dia punya priority, formula nak ingat

Ingatlah=iodine

Bahawa = Br

Cinta=Cl

Sesama=S

Orang=oxygen

Not=N

Cinta=Carbon

Hakiki=hydrogen 



dan gambar yang ditag oleh ketua batch saya sangat menyentuh hati...membina semula semangat yang kian pudar..



lastly...

lets start from the very beginning...begin with the end in mind..:)

feel the rains on ur skin,no one else can feel it for you,only you can let it in,no one else..:)




in 6 years time insyaAllah..we'll be ready to serve for the ummah:)

5 comments:

  1. “Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah nikmat memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati wujudnya kasih sayang antara kamu dengannya, maka jagalah ia dengan bersungguh-sungguh.” (Saidina Umar Al-Khattab)

    sedikit perkongsian...
    zulfaqqar pun ada blog...hehe...

    ReplyDelete
  2. sahabat sebenar adalah apabila kita bersamanya..kita ingat akan Allah..

    ReplyDelete