Sunday, November 6, 2011

bahagia or seronok..?mana satu menjadi pilihan hati..?


assalamualaikum wbt,entah nape tah mood sy harini jiwa kacau sgt smpai nak buat post kat blog ni smpai 3 post hari ni!huhu..semua org pon tahu,"everythg happn 4 a reason" atau lbih dikenali sbg hikmah..n kadang2,tindakan yg kita buat,kita rasa kita dapat hadapi kesannya dengan mudah( mungkin tyme tu kita rasa selesa dgn keadaan tuu,mungkinlaaaa....),tp,secara lahiriahnyaa,n kebiasaannya,sebaliknya pula berlaku..kita mula rasa "menyesalnyaaaa aku buat kptsn melulu macam tuuuuuuu!knp aku ni bodoh sgt niiiii!"

n kadang2,fikiran yang bercelaru n hati manusia yang sentiasa berubah membuatkan kadang2 kita tergugat dgn keputusan yang telah kita buat dulu yang kononya akan membawa kemaslahatan bersama,
contohnya,"aku x boleh dah macam ni!itu da jadi habbit aku sblm ni,mana boley tinggal..n sayang nak lupakan...."
"sunyi nya hidup aku lps ni..."
 etc,etc.........

n sesungguhnya,sy pon merasainya skg...
tapi....
tengah sy membaca2 blog2 kot2 dapatlaa sikit makanan jiwa kan,skali terbaca la satu blog ni,yang sangat dikenali oleh warga rakyat jelata SEPINTAR~

www.badarsepintar.blogspot.com

berikut adalah isi2 dan hujah2nyaaa..mungkin juga dapat membawa satu pengertian kpd diri anda,si pembaca:)

apa yang lebih kita utamakan,kebahagiaan ataupun keseronokan..?

Menurut kamus dewan keseronokan bermaksud 1 hal atau keadaan seronok; rasa seronok.
Menurut kamus dewan bahasa & pustaka kebahagiaan ialah keadaan hidup yg aman damai serta gembira; kesenangan hidup. Dua perkataan ini hampir sama tapi membawa erti yang berbeza bagi saya.

Kebahagiaan itu hanya dapat diperoleh melalui sesuatu kesusahan di awalnya. Bahagia itu sukar untuk di lihat oleh mata kasar kerana hanya orang yang merasai sahaja yang tahu maknanya Kita perlu merasa sakit & getir sebelum memperoleh satu kebahagiaan itu. Tapi Insya Allah segala pahit getir akan terbalas dengan kebahagiaan yang hakiki. . Sesuatu perkara yang negatif perlu ditinggalkan, tapi bagi sesiapa yang merasainya tahu betapa sakitnya untuk meninggalkan sesuatu yang sudah biasa kita lakukan. Tapi ingatlah, akhirnya sakit, perit, pedih itulah yang membawa kita ke bahagiaan yang hakiki. Insya Allah.....

Keseronokan itu sesuatu yang sementara dan tidak semestinya berakhir dengan senyuman. Ianya senang diperoleh. Banyak ada di mana - mana sahaja. Malangnya dia tak semestinya akan kekal. & tidak semestinya membawa kebaikan kepada kita. Hakikatnya inilah yang menjadi pilihan kita kan? Tepuk dada tanya iman...... Kadang2 mata & hati kita tertipu dengan apa yang ada di depan mata. Teralpa dengan keindahan dunia sehingga kita memilih keseronokan tanpa berfikir panjang. Sehingga akhirnya kita menyesal.... Semoga kita terselamat dari keseronokan yang sementara.....

Wahai pembaca yang dihomati sekalian, semoga kita sentiasa berfikir dalam setiap tindakan seperti kata pepatah " sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna lagi".... Betullah kata mereka yang lebih makan garam dulu daripada kita.... sudah menjadi lumrah remaja ingin berseronok tapi ingatlah kematian itu sesuatu yang pasti. Tak kira muda, tak kira tua.... Semoga setiap apa pun pilihan kita semoga ianya membawa kebahagiaan di dunia & di akhirat. Hal yang demikian kerana kebahagiaan itu hakikatnya tidak sama dengan keseronokan....... Renungan bersama.... Semoga kita dapat menjadi hamba Allah yang lebih bertaqwa...... Insya Allah......

moga2 dengah pencerahan yang sedikit ni dapatlah membantu kita utk lebih yakin dgn janji Allah..n,honestly...its not tat easy to make a sudden change....sometimes,it may hurt u,,deeply..but,just bare in mind..a conscious mind,tat Allah knows better than we do...moga2 semuanya berjalan lancar dan pelangi akan mula mewarnai hidup kita mulai saat ini dan saat2 akan datang dan insyaAllah..selama2nyaaa,amin...:)

sabda Rasulullah s.a.w:
"hati manusia itu tidak pernah stabil,bahkan geloranya melebihi gelora air yang sedang mendidih"

hapuskanlah semua duka dan air matamu wahai pemilik diri ini dan semua rakan2 yang berada dalam situasi yang sama..teruskan perjuangan kitaa,wa la tahzan,innallahama'ana:)

2 comments:

  1. insyaAllah.. a heart-opening sharing. jazakallah khairan katiran..:)

    ReplyDelete
  2. wa enta kaman,jazakallahukhairan kathira

    ReplyDelete